Program Sijil Kemahiran Malaysia

Objektif

Membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian.

Jangkamasa Program 

  • Tahap 1 – 6 bulan
  • Tahap 2 – 6 bulan
  • Tahap 3 – 12 bulan
  • Tahap 4 – 15 bulan

Kemudahan

  • Latihan pertanian secara percuma
  • Tempat tinggal disediakan
  • Makanan disediakan

Lokasi

  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  • Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah

Kumpulan Sasar

  • Pelajar Lepasan UPSR
  • Pelajar Lepasan PMR
  • Pelajar Lepasan SPM

 
Syarat Kemasukan

TAHAP SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UMUR
1 Tamat Darjah 6 atau UPSR sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik 18 - 25 tahun
2 Lulus SKM Tahap 1 dan bekerja sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang berkaitan serta telah menduduki peperiksaan SPM / SPMV 18 - 25 tahun
3 Lulus SKM Tahap 2 dan bekerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang berkaitan serta telah menduduki peperiksaan SPM / SPMV 18 - 25 tahun
4

Lulus SKM Tahap 3 dan bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan serta telah menduduki peperiksaan SPM / SPMV,
 
ATAU

Mempunyai Sijil Pertanian dan telah bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan.

Tidak melebihi 45 tahun

Kurikulum

  • Kerja pengendalian tanaman dan penanaman
  • Kerja penyediaan dan mengurus tempat serta alatan ladang
  • Kerja penanaman benih dan penjagaan air
  • Kerja menyediakan, mengurus dan penjagaan
  • Kerja kawalan penyakit dan rawatan penyakit
  • Kerja kutipan dan pengendalian hasil

 
Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Md Fuad bin Minhaj
No. Telefon : 07-2666709
No. Faks : 07-2661256
Emel : fuad.minhat@johor.gov.my
Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian (G36)
Share This:
Last updated on Tuesday, 28 March 2017 - 1:53pm