Permohonan Peta / Dokumen Geospatial Terperingkat

Pengenalan

Jabatan Pertanian telah mewujudkan satu (1) ‘repository' maklumat tanah, gunatanah, hakisan tanah, pemuliharaan tanah dan data-data berkaitan sumber tanah bagi Semenanjung Malaysia yang mana maklumat-maklumat ini sangat berguna sama ada kepada jabatan-jabatan kerajaan lain mahupun kepada pihak swasta yang akan melaksanakan projek pembangunan. Maklumat yang telah dikemaskini disediakan dalam bentuk peta dan juga dokumen geospatial yang boleh dibeli melalui Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian.

Harga Peta / Dokumen Geospatial

BIL JENIS PETA HARGA (RM)
1. Peta cetakan RM 50.00 / lembar pelbagai saiz (AO/A1/A2/A3)
2. Peta digital (format jpeg) RM 50.00 / lembar
3. Peta digital (format shape file) a)  Peta Guna Tanah – RM 900.00 / megabyte
b)  Peta Tanah Tinjauan – RM 600.00 / megabyte
c)  Peta Terbitan – RM 500.00 / megabyte

Maklumat Permohonan Pembelian Dokumen Geospatial Terperingkat

Pembelian Dokumen Geospatial Terperingkat (Merujuk Kepada Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007 Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat) : 

  1. Jenis-Jenis Peta Yang Disediakan Oleh Jabatan Pertanian
  2. Prosedur Pembelian Dokumen Geospatial Terperingkat
  3. Borang PPNM-1 (Pind. 1/2008) - Permohonan Lesen Hak Cipta / Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat
  4. Borang PPP 1/2016
  5. Borang "Undertaking by Appointed Consultant / Contractor"
  6. Borang Akuan Pelajar
  7. Pekeliling Berkaitan :

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Sukati bin Sakka
No. Telefon : 07-7581031
No. Faks : 07-7581388
Emel : uppstah@johor.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor

 

Share This:
Last updated on Sunday, 26 March 2017 - 4:08pm