Perkhidmatan Siasatan Tanah

Pengenalan

Jabatan Pertanian merupakan agensi utama yang memberi perkhidmatan siasatan tanah dan merupakan ‘custodian' bagi maklumat tanah negara. 

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Sijil Pengesahan Tanah Untuk Tanaman
    • Sijil pengesahan tanah dikeluarkan untuk projek pertanian seperti pembangunan tanah baru, tukar syarat gunatanah atau tanaman dan sebagai satu (1) dokumen sokongan pinjaman bank.
  2. Penyiasatan Tanah
    • Tiga (3) jenis siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah :
      • Penyiasatan Tanah Tinjauan
      • Penyiasatan Tanah Separa Lengkap
      • Penyiasatan Tanah Lengkap​​
  3. Laporan Kesesuaian Tanah-Tanaman
    • Jabatan Pertanian juga menyediakan laporan kesesuaian tanah-tanaman berdasarkan maklumat tanah yang tersedia.

Caj Perkhidmatan Penyiasatan Tanah

  • Caj pemprosesan bagi setiap permohonan adalah RM 120.00
  • Caj perkhidmatan sehektar adalah seperti berikut :
BIL PERKHIDMATAN CAJ / HEKTAR (RM)
1. Pengesahan kawasan hutan / belukar 1.50
2. Pengesahan kawasan telah dibuka 1.00
3. Siasatan tanah separa lengkap kawasan hutan / belukar 8.00
4. Siasatan tanah separa lengkap kawasan telah dibuka 6.00
5. Siasatan tanah lengkap kawasan hutan / belukar 40.00
6. Siasatan tanah lengkap kawasan telah dibuka 30.00

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Sukati bin Sakka
No. Telefon : 07-7581031
No. Faks : 07-7581388
Emel : uppstah@johor.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor
Share This:
Last updated on Sunday, 26 March 2017 - 11:57am