Perkhidmatan Pemuliharaan Tanah

Pengenalan

Jabatan Pertanian merupakan pusat yang menyediakan khidmat pemuliharaan tanah. Khidmat ini disediakan kepada agensi-agensi perancangan dan pelaksanaan.

Perkhidmatan

Jabatan Pertanian telah menghasilkan garis panduan pemuliharaan tanah untuk pembangunan tanah demi untuk memastikan gunatanah lestari. Khidmat nasihat dan pengembangan termasuk latihan di kebun juga disediakan untuk pekebun dan orang awam. Untuk membantu mengurangkan hakisan tanah dari pembangunan kawasan, Jabatan Pertanian telah menyediakan satu (1) peta risiko hakisan tanah Semenanjung Malaysia berasaskan ‘Universal Soil Loss Equation'. Maklumat yang terdapat dalam peta ini membolehkan perancang menilai potensi bencana hakisan tanah dan mengesyorkan langkah-langkah pemuliharaan tanah yang perlu untuk mengurangkan hakisan tanah.

Borang Khidmat Nasihat Pemuliharaan Tanah.

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Sukati bin Sakka
No. Telefon : 07-7581031
No. Faks : 07-7581388
Emel : uppstah@johor.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor
Share This:
Last updated on Sunday, 26 March 2017 - 12:05pm