Perkhidmatan Analisa Makmal

Pengenalan

Perkhidmatan ini disediakan untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah, daun, baja dan air. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk menyokong pelaksanaan program-program pembangunan Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini juga diberikan kepada lain-lain agensi kerajaan atas permintaan. Pihak swasta dan individu boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan caj yang berpatutan dikenakan.

Pada masa sekarang, Makmal Analisa Jabatan Pertanian terdapat di ini memberikan perkhidmatan analisis sampel tanah, daun, baja dan air. Tiga (3) buah Makmal Wilayah yang masing-masing terletak di Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Pertanian Besut, Terengganu menjalankan analisis sampel tanah, daun dan air .
 
Khidmat yang disediakan termasuk :

  • Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah.
  • Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan.
  • Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain.
  • Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan parameter hakisan pemuliharaan tanah

Prosedur Permohonan

  • Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis.
  • Borang permohonan bersama dengan sampel hendaklah dihantar ke makmal yang berkenaan.
  • Tempoh analisis bagi SATU sampel adalah antara 7 hingga 30 hari bergantung kepada jenis sampel serta jumlah penentuan yang diperlukan.

Syarat Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat oleh pegawai Jabatan Pertanian, agensi kerajaan, pihak swasta dan individu. Caj yang berpatutan dikenakan kepada pihak swasta dan individu.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi samada asal atau salinan (diisi dalam 2 salinan).
  • Kuantiti minima sampel yang diperlukan :
    • sampel tanah - 1 kg
    • sampel daun (segar) - 1 kg
    • sampel baja pepejal - 500 g
    • sampel baja cecair - 250 ml
    • sampel air - 1 liter

Bayaran Permohonan

Bayaran dalam bentuk wang pos / bank draf dibayar atas nama Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian.

Borang Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun secara percuma melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian atau perlu hadir ke makmal yang berkenaan, atau ke Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, yang terletak di Jabatan Pertanian Negeri. 

Kelulusan

  • Permohonan akan diluluskan oleh Ketua Seksyen Khidmat Analisa dan semua Ketua Unit Negeri.
  • Tiada tempoh sah laku. Semua permohonan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Caj Analisis

Muat turun senarai caj analisis.

Penutup

Makmal Analisa Jabatan Pertanian yang terdapat di Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur, Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Pertanian Lundang, Kelantan sangat mengalu-alukan permohonan khidmat analisa makmal daripada pihak jabatan kerajaan, swasta dan juga orang awam.

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Sukati bin Sakka
No. Telefon : 07-7581031
No. Faks : 07-7581388
Emel : uppstah@johor.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Ruslizam bin Mahani
No. Telefon : 07-7581585
No. Faks : 07-7581814
Emel : -
Jawatan : Pegawai Pertanian (G44)
Alamat : Makmal Bersepadu Ayer Hitam (INTRELS), Kompleks Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor

 

Share This:
Last updated on Sunday, 26 March 2017 - 11:41am