Kursus Usahawan Industri Asas Tani

Pengenalan

Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Pusat Pertanian Ayer Hitam menyediakan kursus jangka pendek bagi usahawan tani yang ingin mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan sebagainya. Kursus yang dijalankan ini dijalankan selama 2 hingga 3 hari tertakluk kepada tajuk kursus yang disertai.

Muat Turun Borang Permohonan

Borang Permohonan

Tajuk Kursus / Latihan

  1. ASAS PEMBUATAN KEK (24-25 April, 22-23 Mei, 11-12 September, 13-14 November)
  2. ASAS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI (3-4 Mei, 1-2 Ogos, 6-7 September, 4-5 Oktober)
  3. PEMPROSESAN HASILAN KACANG SOYA DAN PEMBUATAN CINCAU (11-12 April, 8-9 Mei, 8-9 Oktober, 6-7 November)
  4. PEMPROSESAN PRODUK SEJUK BEKU (17-18 April, 15-16 Mei, 14-15 Ogos, 17-18 September)
  5. PEMPROSESAN PELBAGAI JENIS SOS (7-8 Ogos, 28-29 Ogos, 11-12 Oktober)
  6. PENGURUSAN JERUK BUAH-BUAHAN (27-28 September)
  7. PEMBUATAN MEE KUNING (14 September, 25 Oktober, 21 November)
  8. KURSUS TANAMAN SAYURAN FERTIGASI (23-24 Ogos)
  9. KURSUS TANAMAN SAYURAN ORGANIK (8-9 Oktober)
  10. KURSUS SENITAMAN DAN SIMENFERO (16-17 Oktober)

Syarat Penyertaan

  1. Warganegara Malaysia (Rakyat Negeri Johor sahaja)
  2. Umur 21 tahun hingga 55 tahun
  3. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
  4. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap bergambar berserta salinan kad pengenalan
  5. Sila dapatkan pengesahan sokongan daripada Pejabat Pertanian Daerah berhampiran
  6. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Pusat Pertanian Ayer Hitam atau Pejabat Pertanian Daerah berhampiran
  7. Permohonan yang tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan
  8. Permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi melalui surat / panggilan telefon
  9. Permohonan hanya sah untuk tahun semasa sahaja

Maklumat Lanjut

PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
86100 Ayer Hitam
Johor
u/p: Bahagian Latihan

No. Tel: 07-7581311
No. Faks: 07-7581344
E-Mel: tanippah@johor.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan

21 OKTOBER 2017 atau tertakluk kepada jumlah permohonan yang telah mencukupi.

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Samat bin Md Yusof
No. Telefon : 07-7581311
No. Faks : 07-7581344
Emel : tanippah@johor.gov.my
Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian (G36)
Alamat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor
Share This:
Last updated on Tuesday, 28 March 2017 - 2:09pm