Kursus Sijil Pertanian (IPSM)

Latar Belakang

Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian. Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi lima (5) buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing. Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
 
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :

  • Institut Pertanian Serdang, Selangor, yang telah dibina pada tahun 1957.
  • Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang, yang telah dibina pada tahun 1967.
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang, yang telah dibina pada tahun 1971.
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak, yang telah dibina pada tahun 1973.
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor, yang telah dibina pada tahun 1974.

Manakala, dua (2) buah lagi Institut Pertanian adalah di :

  • Institut Pertanian Semanggok, Sarawak.
  • Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah.

Sehingga tahun 2012, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 9,629 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.

Objektif

  • Melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian.
  • Menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial.

Matlamat

  • Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta.
  • Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk mewujudkan bakal-bakal usahawan pertanian.
  • Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.

Jangka Masa Kursus

Kursus Sijil Pertanian mengambil masa selama dua (2) tahun (empat (4) semester). Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua (2) semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa merangkumi 72 jam kredit untuk layak dianugerahkan Sijil Pertanian.

Struktur Pengajian

SEMESTER PERKARA TEMPOH
Semester I & III
  • Pengajian
  • Cuti Pertengahan Semester
  • Pengajian
  • Cuti Antara Semester
  • 8 Minggu
  • 1 Minggu
  • 8 Minggu
  • 9 Minggu
Semester II
  • Pengajian
  • Cuti Pertengahan Semester
  • Pengajian
  • Cuti Antara Semester
  • 8 Minggu
  • 1 Minggu
  • 8 Minggu
  • 6 Minggu
Semester IV
  • Pengajian
  • Cuti Pertengahan Semester
  • Latihan Industri
  • 8 Minggu
  • 1 Minggu
  • 8 Minggu

Untuk mencapai matlamat Institut Pertanian, sukatan pelajaran disediakan mengikut kumpulan mata pelajaran berikut :

  • Mata Pelajaran Wajib meliputi mata pelajaran asas dan kemahiran (pada Semester I – IV)
  • Mata Pelajaran Pengkhususan di mana pelajar boleh memilih salah satu daripada enam (6) bidang yang ditawarkan (pada Semester III – IV)
  • Latihan Industri yang diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan (pada Semester IV)

Kategori Kumpulan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

TAHUN 1 (SEMESTER I)
  1. Pendidikan Islam I / Asas Pendidikan Moral I
  2. Pengurusan Tanah
  3. Perlindungan Tanaman
  4. Pengurusan Tanaman Sayuran dan Padi
  5. Tanaman Industri
  6. Kejuruteraan Pertanian
  7. Aplikasi Komputer
TAHUN 1 (SEMESTER II)
  1. Pendidikan Islam II / Asas Pendidikan Moral II
  2. Hortikultur Hiasan
  3. Asas Pemprosesan Makanan
  4. Pengurusan Tanaman Kontan dan Buah-Buahan
  5. Asas Pengurusan Ternakan
  6. Mekanik Pertanian

TAHUN 2 (SEMESTER III)

  1. Communicative English
  2. Tamadun Islam
  3. Keusahawanan
  4. Pengembangan Pertanian
  5. Pengkhususan:
  6. Landskap Hortikultur
  7. Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan
  8. Teknologi Memproses Hasil Pertanian
  9. Mekanisasi Ladang
  10. Pengurusan Estet
  11. Pengurusan Ternakan
TAHUN 2 (SEMESTER IV)
  1. Communicative English
  2. Pengurusan Am
  3. Perniagaan Tani
  4. Pengkhususan:
  5. Landskap Hortikultur
  6. Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan
  7. Teknologi Memproses Hasil Pertanian
  8. Mekanisasi Ladang
  9. Pengurusan Estet
  10. Pengurusan Ternakan
  11. Latihan Industri

Kos Pengajian

Kos pengajian hendaklah dibiayai sendiri oleh calon namun begitu tempat penginapan dan makanan disediakan sepanjang kursus ini dijalankan.

Prospek Kerjaya

Graduan Institut Pertanian boleh memilih untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut :

  • Landskap
  • Nurseri Tanaman
  • Perladangan
  • Perhotelan
  • Rekreasi
  • Pemprosesan
  • Perusahaan Pertanian

Prosedur Permohonan

Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama tempatan pada Mac/April setiap tahun. Mereka yang berminat boleh memohon secara online bagi lepasan sijil SPM/SPMV. Manakala bagi kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :

Pengarah
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pertanian,
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Kemahiran)

Pautan

  1. Permohonan Atas Talian
  2. Semakan Keputusan Permohonan IPSM
  3. Syarat Permohonan
  4. Kalendar Permohonan
  5. Soalan Lazim

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Alang Mad Daud bin Dawan
No. Telefon : 07-7581161
No. Faks : 07-7581984
Emel : ipah@doa.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : Institut Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor
Share This:
Last updated on Tuesday, 28 March 2017 - 1:31pm