Kursus PLPP

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan kursus dan latihan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian. Terdapat lima (5) buah Pusat Latihan Pegawai Jabatan Pertanian yang dikelolakan oleh Bahagian PSM, iaitu : 

  1. Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP), Serdang
  2. Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP), Wilayah Timur, Besut, Terengganu
  3. Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP), Wilayah Utara, Teluk Chengai, Kedah
  4. Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP), Wilayah Selatan, Ayer Hitam, Johor
  5. Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian (PLKP), Serdang

 
Senarai Program Kursus Pegawai Jabatan Pertanian 2017 : 

 
Bagi sebarang permohonan kursus di Pusat Latihan Pegawai, sila kemukakan Borang Permohonan Kursus (DOA.PK(U).02.PPP.PL 2-Pin 2) yang lengkap diisi dan serahkan semula kepada Pusat Latihan Pegawai yang berkenaan.

 
Objektif Pusat Latihan Pegawai

  • Meningkatkan kompetensi pegawai dalam bidang Pengembangan & Keusahawanan, Teknikal, Pengurusan dan Kewangan, Teknologi Maklumat. 
  • Menjalankan khidmat sebagai pusat sumber bagi mengumpul dan menyebar teknologi baru. 
  • Mengesan dan menilai aspek-aspek pembangunan pengembangan terutama mengenai penyampaian teknologi.

 
Fungsi Utama Pusat Latihan Pegawai 

  • Melaksanakan program latihan jangka pendek untuk pegawai Jabatan.
  • Melaksanakan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk pegawai Jabatan.
  • Menyediakan pelbagai sumber rujukan untuk pengurusan, pembangunan, pengembangan, teknikal, komputer dan sebagainya.
  • Menyediakan dan menyebar maklumat teknologi moden melalui Berita PLPP dan selembaran. Selain itu, juga menyediakan kemudahan penggambaran video, slide dan transparensis untuk tujuan latihan.
  • Menjalankan kajian berkaitan pelaksanaan projek-projek di peringkat wilayah.
  • Menjalankan pengesanan dan penilaian latihan termasuk kajian impak latihan yang dilaksanakan

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Md Fuad bin Minhaj
No. Telefon : 07-2666709
No. Faks : 07-2661256
Emel : fuad.minhat@johor.gov.my
Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian (G36)
Share This:
Last updated on Tuesday, 28 March 2017 - 11:19am