Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan

Pengenalan

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, produk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.

Pelaksanaan

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

Pengambilan Peserta

Pengambilan peserta dibuat setahun sekali.

Tempoh Kursus

Jangkamasa kursus ialah selama empat (4) bulan secara sepenuh masa.

Kemudahan Disediakan

Makan minum dan tempat tinggal disediakan sepanjang tempoh kursus.

Syarat-Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 20-40 tahun pada 1 Januari 2017
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV
  • Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus
  • Sihat tubuh badan dan tidak hamil
  • Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

Tempat-Tempat Latihan

Kursus ini dijalankan di lima (5) buah Pusat Bimbingan Usahawan mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut :

PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN PENGKHUSUSAN

PBU Manong, Perak

Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa)
(Contoh : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang dan candy kelapa)

PBU Teluk Chengai, Kedah

Sejuk Beku
(Contoh : Karipap, pizza, pai, roti canai, donut, kasturi dan roti boom)

PBU Ajil, Terengganu

Bakeri
(Contoh : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)

PBU Pagoh, Johor

Bakeri & Sejuk Beku (Asas Buah)
(Contoh : Jem buah-buahan, kordial, puree, ban, kek buah, buah bersalut dll)

Bakeri
(Contoh : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)

PBU Melor, Kelantan

Snek dan Makanan Ringan
(Contoh : Pelbagai kerepek dan kuih tradisional seperti maruku, rempeyek, buah rotan, denderam dll)

Cara-Cara Memohon

Sila dapatkan borang permohonan melalui alamat di bawah :

Muat Turun Borang Permohonan di Portal Rasmi Jabatan Pertanian, atau

Pusat Bimbingan Usahawan, atau

Jabatan Pertanian Negeri / Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran, atau

Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Lot 4G2, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8870 3554/ 3539
(Puan Noraini Binti Abdullah / Puan Norhafizatul Binti Mohd Razali)

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi pengambilan 2017 telah ditutup pada 31 Januari 2017.

Makluman

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah mendapat pengesahan dari Pejabat Pertanian yang berhampiran. Sila kemukakan borang yang telah lengkap diisi ke alamat seperti berikut :

Timbalan Pengarah (Industri Asas Tani)
Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian,
Wisma Tani, Lot 4G2, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.

**Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Share This:
Last updated on Tuesday, 28 March 2017 - 12:42pm