Doktor Pokok

Apakah Klinik Pengembangan Doktor Pokok?

Klinik Pengembangan Doktor Pokok ialah :

  • Satu (1) tempat di mana orang ramai boleh menyalurkan dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
  • Satu (1) tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
  • Satu (1) program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.
  • Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Doktor Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.

Apakah Bidang Kepakaran Doktor Pokok?

Bidang-bidang kepakaran Doktor Pokok ialah : 

  • Diagnostik Masalah Tanaman
  • Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik
  • Perundingan dan Pelaburan Pertanian
  • Kajian Daya Maju Projek Pertanian
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah
  • Remote Sensing dan Pemetaan Tanah
  • Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman
  • Teknologi Kejuruteraan Pertanian
  • Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman
  • Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani
  • Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman
  • Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman
  • Kawalan Import dan Eksport Pertanian
  • Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak
  • Khidmat Analisa Makmal
  • Pemasaran Hasil Pertanian
  • Maklumat Statistik Pertanian

Apakah Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan?

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah : 

  • Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Doktor Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
  • Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
  • Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
  • Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
  • Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Doktor Pokok?

Anda boleh mendapatkan khidmat Doktor Pokok di : 

  • Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya
  • Jabatan Pertanian Negeri
  • Pejabat Pertanian Daerah
  • Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
  • Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian
Kaunter Klinik Pengembangan Di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari bekerja.
Kaunter Bergerak Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke semasa.
Kaunter Perkhidmatan On-Call Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi nombor "Hotline" yang disenaraikan ini : 
  • Putrajaya : 03-8870 3000
  • Johor : 07-235 5506/07
  • Melaka : 06-232 4318
  • Negeri Sembilan : 06-765 9760
  • Selangor : 03-5544 5440
  • Perak : 05-253 1452
  • Pulau Pinang : 04-537 2144
  • Kedah : 04-777 5000/03
  • Perlis : 04-938 4466
  • Pahang : 09-573 3133
  • Terengganu : 09-627 4191/89
  • Kelantan : 09-744 2400
  • WP Labuan : 087-408 513/14
Kaunter e-Khidmat Doktor Pokok Hantarkan pertanyaan anda ke emel :
drpokok@doa.gov.my
 

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Ramli bin Md Afandi
No. Telefon : 07-2239395
No. Faks : 07-2239398
Emel : biosekurititumbuhan@johor.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : Unit Biosekuriti Tumbuhan
  256 Jalan Abdul Samad
  80100 Johor Bahru, Johor
 

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh
No. Telefon : 07-2355550
No. Faks : 07-2355551
Emel : ukrp_johor@doa.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G44)
Alamat : Unit Kawalan Racun Perosak
  Aras 1, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
  Jalan Taruka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
Share This:
Last updated on Tuesday, 21 March 2017 - 4:19pm