Latihan Kemahiran Pertanian 2019

PENGUMUMAN KURSUS
Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor Tahun 2019
(Untuk Rakyat Negeri Johor sahaja)

Borang Permohonan (borang_lkp2019.pdf)
Senarai Latihan (iklan_lkp2019.pdf)
Syarat Latihan (syarat_lkp2019.pdf)

KURSUS ASAS KEMAHIRAN PERTANIAN

Tajuk Kursus / Latihan (Februari - Mac 2018)

  1. TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN
  2. TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN
  3. PENGURUSAN LANDSKAP
  4. TEKNOLOGI TANAMAN BUAH-BUAHAN

* Kursus dijalankan selama 2 Bulan dan Sepenuh Masa

* Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan menerima Sijil Latihan Kemahiran Pertanian

KELAYAKAN

  1. Bujang dan belum berkahwin
  2. Rakyat Negeri Johor sahaja atau yang menetap di Negeri Johor melebihi 3 tahun
  3. Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3 (Sila lampirkan sijil tamat tingkatan 3 / Surat berhenti sekolah / Sijil tertinggi yang dimiliki)
  4. Umur 17 tahun hingga 26 tahun
  5. Sihat tubuh badan dan tiada berpenyakit
  6. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / badan berkanun umur sehingga 55 tahun. Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
86100 Ayer Hitam
Johor
u/p: Bahagian Latihan

No. Tel: 07-7581311
No. Faks: 07-7581344
E-Mel: tanippah@johor.gov.my

Borang permohonan boleh diperolehi di Laman Web Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Johor atau di Pejabat Pertanian Daerah berdekatan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
31/12/2018

Share This:
Last updated on Tuesday, 27 November 2018 - 11:33am