Taman Kekal Pengeluaran Makanan

Pengenalan

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

Konsep Pelaksanaan Pembangunan Program TKPM

Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut :

  • Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM; dan
  • Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.

Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan).

Matlamat/Objektif Program TKPM

  • Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal;
  • Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti;
  • Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil;
  • Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan; dan
  • Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan.

Syarat-Syarat Penyertaan TKPM

  • Peserta berpengalaman dan terlatih;
  • Mempunyai minat dan kesungguhan;
  • Mempunyai modal dan sanggup meminjam;
  • Mempunyai sikap ‘terbuka dan positif'; dan
  • Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.

Carta Aliran Pengambilan Peserta TKPM

Pemilihan peserta dijalankan oleh Jawatankuasa Temuduga yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri dan ahli-ahli terdiri daripada Jabatan / Agensi dibawah MOA Inc.

Strategi Pelaksanaan dan Pengeluaran Program TKPM

Strategi pelaksanaan dan pengeluaran program TKPM adalah seperti berikut :

  • Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan;
  • Berdasarkan ‘Market Driven';
  • Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan;
  • Mewujudkan rantaian makanan (from Farm to Table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makanan;
  • Perladangan berskala besar dan komersil;
  • Penglibatan pihak swasta;
  • Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkini; dan
  • Amalan pertanian baik.

Strategi Pemasaran Program TKPM

Strategi pemasaran bagi program TKPM adalah melalui tiga (3) kaedah seperti berikut :

  • Pemasaran atas inisiatif sendiri (pasaran domestik dan eksport);
  • Pemasaran secara ‘contract farming' (FAMA, Syarikat Individu); dan
  • Pemasaran melalui anchor company :
    • Swasta; dan
    • Government-Linked Company (GLC)

Muat Turun Borang Permohonan TKPM (Format: DOC | PDF)

 

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Tuan Haji Mohamad bin Kasmuri
No. Telefon : 07-2666707
No. Faks : 07-2661252 / 1254 / 1256
Emel : mohamad.kasmuri@johor.gov.my
Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian (G36)
Alamat : Penyelaras Projek TKPM Johor
  Jabatan Pertanian Negeri Johor,
  Aras 1 Bangunan Dato' Muhamad Ibrahim Munsyi,
  Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor,
  Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor.
Share This:
Last updated on Tuesday, 04 April 2017 - 5:25pm