Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

  1. Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan.
  2. Maklumbalas permohonan projek-projek pertanian / latihan pertanian akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan.
  3. Maklumbalas kepada aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Jabatan Pertanian akan diberi dalam jangkamasa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan:
    1. Surat Kepada Pengarang (SKP) : 24 - 72 jam bekerja.
    2. Sistem aduan online / e-mel / blog : 7 hari bekerja.
    3. SMS / Telefon / Surat / Faks / Datang Sendiri : 14 hari bekerja.
    4. Biro Pengaduan Awam (BPA) : 5 hari bekerja.
    5. PEMUDAH / Portal MyGovt : 3 hari bekerja.
    6. Siasatan lanjut (semua saluran) : Tidak melebihi 30 hari.
  4. Khidmat analisis makmal, analisis kesesuaian tanah dan kepakaran diagnostik tanaman bergantung kepada jenis analisis dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
    1. Analisis tanah dalam tempoh 9 minggu.
    2. Analisis daun dalam tempoh 5 minggu.
    3. Analisis baja dalam tempoh 7 minggu.
    4. Analisis air dalam tempoh 3 minggu.
    5. Analisis hasil pertanian dalam tempoh 7 minggu.
    6. Pengeluaran data geospatial, peta tanah, peta guna tanah dan peta terbitan dalam tempoh 2 minggu.
    7. Pengeluaran Laporan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap termasuk pembayaran fi.
    8. Analisis residu racun perosak bagi satu sampel hasil pertanian untuk tujuan eksport dalam tempoh 2 minggu.
    9. Diagnostik ladang bagi perosak tanaman dalam tempoh 1 minggu.
    10. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman dalam tempoh 2 minggu.
    11. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman yang memerlukan pengkulturan dalam tempoh 1 bulan.
  5. Khidmat Regulatori
    1. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
      1. Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanah, organisma berfaedah dalam masa 5 hari.
      2. Permit import bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 6 bulan.
      3. Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.
    2. Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat/keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
      1. Pendaftaran racun makhluk perosak dalam tempoh 6 bulan.
      2. Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari.
      3. Lesen pengendali kawalan makhluk perosak dalam tempoh 21 hari.
      4. Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari.
      5. Pengiklanan racun makhluk perosak di semua media dalam tempoh 1 bulan.
      6. Penyemburan udara (Aerial Spraying) dalam tempoh 2 minggu.
      7. Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 3 minggu.
    3. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004: Kelulusan Hak Pembiak Baka daripada Lembaga Varieti Tumbuhan dalam tempoh 6 bulan selepas perakuan Jawatankuasa Teknikal.
  6. Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan)
    1. Pensijilan : Keputusan bagi permohonan pensijilan yang memenuhi syarat dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
      1. Pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) dalam tempoh 2 tahun.
      2. Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) dalam tempoh 3 tahun.
      3. Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 3 bulan.
    2. Pengesahan : Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
      1. Pengesahan pengeluaran benih padi (benih padi daftar & benih padi sah) dalam tempoh 2 minggu.
      2. Pengesahan benih tanaman dalam tempoh 2 minggu.
Share This:
Last updated on Sunday, 19 March 2017 - 4:04pm