Perutusan Pengarah

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari-Nya Jabatan Pertanian Negeri Johor berjaya memberi nafas baru kepada laman web jabatan agar ianya menepati Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDEC) dan MAMPU dan seterusnya dapat menepati kehendak masyarakat yang sentiasa inginkan informasi terkini yang mudah dicapai di mana sahaja.

Penambahbaikan ini dilaksanakan agar informasi yang dikehendaki oleh orang awam dan semua lapisan masyarakat sentiasa dikemaskini, tepat dan boleh dipercayai. Pembangunan laman web ini juga adalah salah satu alternatif dan pendekatan baru bagi jabatan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan selain bertemu secara terus dengan pelanggan di pejabat mahupun di lapangan. Melalui laman web ini, jabatan dapat menyalurkan maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh orang awam dalam pembangunan sektor pertanian yang diusahakan dan seterusnya merealisasikan matlamat negara dalam menjamin bekalan makanan negara.

Harapan saya agar Laman Web Jabatan Pertanian Negeri Johor ini dapat membekalkan maklumat serta menjadi sumber informasi yang terkini dan menepati kehendak umum serta mesra pelanggan agar maklumat yang dikehendaki diperolehi dengan mudah hanya melalui hujung jari

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak yang bertungkus lumus dalam membangunkan laman web ini dan diharap laman web ini akan sentiasa dikemaskini dan diselenggara secara berkala agar maklumat yang dipaparkan sentiasa yang terkini dan orang awam dapat menjadikan laman web jabatan ini sebagai sumber maklumat.

Sekian, terima kasih.

AHMAD KAMIL BIN MOHD YUNUS

PENGARAH
JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR

Share This:
Last updated on Sunday, 19 March 2017 - 3:06pm