Wakil Rakyat Untuk Rakyat

ISKANDAR PUTERI, 2 Mei - "Wakil Rakyat Untuk Rakyat" demikianlah kata-kata yang disampaikan oleh YB Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor dalam perjumpaan khas bersama kakitangan dan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor. Perjumpaan ini merupakan inisiatif YB dalam memastikan portfolio pertanian yang diamanahkan kepadanya dapat diperkasakan. Perjumpaan selama 2 jam itu telah diisi dengan taklimat dan pengenalan Jabatan yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Hishamuddin bin Ahmad yang menyentuh mengenai peranan dan fungsi Jabatan Pertanian Negeri Johor. Pelbagai perkara telah dibincangkan secara terus dengan YB dan perkongsian serta nasihat yang diberikan oleh YB Tuan Haji Tosrin akan dijadikan sebagai pembakar semangat semua kakitangan yang hadir. Semoga dengan penerangan dan taklimat yang disampaikan dapat meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan kerajaan.

Share This:
Last updated on Tuesday, 07 May 2019 - 1:56pm