Taklimat dan demonstrasi penanaman menggunakan Nutripot

KLUANG, 20 Januari - Seramai 10 penduduk Taman Idaman, Kluang di sini telah mengikuti dengan jayanya sesi taklimat dan demonstrasi penanaman sayuran menggunakan kaedah nutripot. Kaedah penenaman menggunakan nutripot merupakan salah satu kaedah penanaman yang popular dikalangan penduduk bandar atau lebih dikenali dengan Pertanian Bandar. Ianya kerana melalui kaedah ini tidak memerlukan kawasan dan tanah yang banyak.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Latifah binti Sentot, Penolong Pegawai Pertanian Program Khas, Encik Mohd Adip bin Kosnan, Penolong Pegawai Pertanian Mukim Paloh/Niyor dan juga Encik Norazam bin Zenal, Penolong Pegawai Pertanian Mukim Kluang 1/2/Kahang.

Share This:
Last updated on Sunday, 21 January 2018 - 12:46pm