Seminar TKPM ruang peserta berkongsi pengalaman dan pengetahuan

PAGOH, 10 Mac - Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Seminar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi tahun 2019 bertempat di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh. Seramai 50 peserta TKPM diseluruh negeri Johor telah hadir dengan jayanya seminar ini. Para peserta telah didedahkan dengan penerangan serta dasar terkini mengenai pelaksanaan TKPM yang telah disampaikan oleh Encik Azreen bin Basir, Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan Negeri Johor. Peserta juga diberi pendedahan kepada Insentif Pengecualian Cukai serta Permohonan Pekerja Asing oleh Encik Rozman bin Sumiati, Jabatan Pertanian Malaysia dan taklimat mengenai Kesedaran Penggunaan Racun Perosak oleh Encik Sarlan bin Saringat dari Unit Racun Makhluk Perosak dan Baja Negeri Johor.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor. Turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, Encik Hishamuddin bin Ahmad serta Pengarah-pengarah dan wakil dari agensi di bawah portfolio pertanian Negeri Johor. 

Seminar yang diadakan ini merupakan usaha jabatan memberikan pendedahan kepada peserta TKPM khususnya berkaitan pemerkasaan bidang pengeluaran bahan makanan, keselamatan makanan, otomasi dan mekinasasi ladang dalam pengurangan daya gantung kepada tenaga buruh. Selain itu, peserta juga berpeluang mendengar sendiri daripada usahawan yang telah berjaya menjalankan projek di TKPM sebagai perkongsian kejayaan kepada peserta. Di akhir seminar ini, peserta telah diberi pendedahan awal mengenai program MyFood Tag, Kementerian Kesihatan Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Suriani binti Muhamad, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Dalam majlis ini, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah memberikan penghargaan kepada peserta TKPM yang berdaya maju, konsisten dan cemerlang dalam mengusahakan projek TKPM sepanjang tahun 2018. Terdapat 3 kategori anugerah iaitu Peserta TKPM Terbaik, TKPM Terbaik (Penarafan Bintang) dan Peserta TKPM Paling Setia.

Peserta TKPM Terbaik 2018

  • Encik Lee Chan Meng - TKPM Ulu Tiram
  • Syarikat Kum Senz Trading - TKPM Sedili Kechil
  • Encik Tiew Mok See - TKPM Sedili Kechil
  • Encik Coy Kee Hau - TKPM Sedili Kechil
  • Syarikat Inno Bayu Sdn Bhd - TKPM Sg Lebak
  • Tuan Haji Azmi bin Mohamad - TKPM Sekijang
  • Syarikat Vision Agro Sdn Bhd - TKPM Sekijang
  • Encik Mohd Shamsuddin bin Md Jamil - TKPM Pagoh
  • Encik Mohamad Izam bin Dol Ma'min - TKPM IPAH
  • Encik Hisyamudin bin Raseli - TKPM IPAH

TKPM Terbaik (Penarafan Bintang)

  • TKPM Lepau - 1 Bintang
  • TKPM Pagoh - 2 Bintang
  • TKPM Sedili Kechil - 3 Bintang
  • TKPM Sg Lebak - 3 Bintang
  • TKPM Sekijang - 3 Bintang
  • TKPM IPAH - 3 Bintang
  • TKPM Ulu Tiram - 5 Bintang

Peserta TKPM Paling Setia

  • Encik Abd Razak bin Roslan - TKPM Ulu Tiram

Foto - Tuan Haji Mazlan bin Mohamed Salleh

Share This:
Last updated on Tuesday, 12 March 2019 - 8:31am