Seminar Agronita Peringkat Negeri Johor

GELANG PATAH, 9 Mac - Majlis Perasmian Seminar Agronita Peringkat Negeri Johor 2018 dan Mini Karnival Usahawan Agronita Johor telah diadakan di Restoran Tanjung Nelayan, Kg. Ladang, Gelang Patah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman. Hadir sama Ketua Wanita UMNO Johor, Dato’ Hajjah Sharifah Azizah Syed Zain, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar.

Pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menyediakan ruang pameran pertanian dan pemberian anak benih pokok limau kasturi secara percuma kepada semua Peserta yg menghadiri seminar agronita tersebut. Pemberian anak benih pokok ini adalah usaha pihak jabatan dalam merancakkan sektor pertanian negara sekaligus menyahut seruan YAB Menteri Besar Johor dimana Johor sebagai hub kecukupan makanan negara.

Share This:
Last updated on Sunday, 11 March 2018 - 1:17pm