×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls dalam menu_set_active_trail() (baris 2405 dari /home/pertaniancp/public_html/includes/menu.inc).

Pusat pengumpulan IKS bantu produk desa

KULAI, 9 Ogos - Telah diadakan lawatan ke Projek Agropelancongan di Kampung Gunung Pulai oleh Puan Hajah Norzita Hashim, Timbalan Pengarah Pertanian Operasi dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Kulai. Turut hadir juga wakil daripada Koperasi Sri Sekawan Kulaijaya Berhad. Lawatan ini dibuat bagi memantau pembangunan Pusat Pengumpulan IKS yang dibangunkan di Kampung Gunung Pulai sebagai tempat untuk mempromosikan produk tempatan kepada pengunjung yang datang ke sini. 

Jabatan Pertanian Johor merupakan agensi yang memberi bimbingan dalam pembangunan pusat pengumpulan ini. Dengan adanya pusat pengumpulan ini diharapkan usahawan tempatan dapat memasarkan produk dan hasilan dengan lebih banyak lagi dan menjadikannya sebagai 'One Stop Center'. Ini merupakan satu strategi bersepadu Kerajaan Negeri Johor dalam merangsang pembangunan desa serta membantu usahawan menembusi pasaran yang lebih luas memandangkan lokasi pusat pengumpulan yang strategik berhampiran dengan pusat rekreasi dan agro pelancongan Gunung Pulai.

Foto oleh: Radiah Ali, Pejabat Pertanian Daerah Kulai

Share This:
Last updated on Thursday, 09 August 2018 - 2:02pm