Program Pertanian Rakyat & Bantuan PGU DUN Sedili

KOTA TINGGI, 2 April – Bertempat di Pejabat Pertanian Mawai telah berlangsungsnya Program Pertanian Rakyat dan penyampaian sijil bantuan program Galakan Usahawan anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Majlis yang berlangsung pada awal pagi itu dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Rasman Bin Ithnain selaku Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sedili.

Sebanyak 13 kampung yang diwakili oleh ketua-ketua kampung hadir bagi menerima agihan benih durian 'musang king' dan kelapa pandan. Majlis yang disambut baik itu mendapat sambutan yang memberasangkan daripada masyarakat sekeliling. Di dalam ucapan YB Tuan Haji Rasman Bin Ithnain, beliau berharap dengan pengagihan benih ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada para petani setempat. YB Tuan Haji Rasman juga turut sama menyampaikan sijil bantuan program galakan usahawan kepada penerima yang mendapat bantuan berupa mesin dan peralatan kepada penerima yang layak. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa, kerana melalui program yang dianjurkan seperti ini dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan wakil wakil rakyat.

Share This:
Last updated on Tuesday, 02 May 2017 - 1:58pm