Program Botani Desa tarik minat bertani

KLUANG, 18 April - Hampir 30 peserta telah mengikuti dengan jayanya Program Botani Desa anjuran KEMAS dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Kluang. Melalui program ini, peserta telah didedahkan dengan kaedah tanaman secara NFT, Fertigasi dan Nutripot yang telah menjadi kaedah popular buat masa ini. Secara tidak langsung, program ini boleh menarik minat semua golongan untuk bertani memandangkan pelbagai kaedah yang mudah untuk memulakannya. Taklimat telah dibimbing oleh Puan Fuaddah binti Md Jaffar, Penolong Pegawai Pertanian. Menurutnya, kaedah tanaman secara Pertanian Bandar ini amat mudah dilaksanakan dan boleh dibuat tanpa memerlukan kawasan yang besar. Peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri melakukan 3 kaedah pertanian ini bermula dari penyediaan larutan baja dan benih.

Share This:
Last updated on Wednesday, 24 April 2019 - 3:56pm