Program Botani Desa Parlimen Bakri

MUAR, 22 April - Bertempat di Kg. Telok Kemang, Bakri telah diadakan Program Botani Desa anjuran Kemas Parlimen Bakri bersama Pejabat Pertanian Daerah Muar. Peserta telah didedahkan dengan kaedah tanaman secara fertigasi dan NFT. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan baja cairan AB dan kaedah penjagaan tanaman yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Kamal Alif Jaafar, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Muar. Selain memberi pendedahan dalam bercucuk tanam disekeliling rumah, peserta juga diberi latihan kaedah menyemai benih yang betul. Pegawai Pertanian Daerah Muar berterima kasih atas sambutan serta minat yang ditunjukkan oleh peserta dan dalam masa yang sama ianya dapat meningkatkan tahap keyakinan APT berdepan pelanggan pelbagai peringkat.

Share This:
Last updated on Wednesday, 24 April 2019 - 4:22pm