Program Botani Desa KEMAS

PONTIAN, 25 Mac - Bertempat di Pusat Komuniti Desa Kg Melayu Raya, Pekan Nenas telah diadakan Program Botani Desa KEMAS Pontian anjuran Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Peserta telah didedahkan dengan kaedah tanaman secara fertigasi dan nutri pot. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan baja cairan AB dan kaedah penjagaan tanaman yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Rahim bin Jais, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Pontian.

Share This:
Last updated on Thursday, 28 March 2019 - 11:58am