Perutusan tahun baharu 2019 Pejabat Pertanian Daerah Muar

MUAR, 6 Januari - Perutusan sempena tahun baharu 2019 Pejabat Pertanian Daerah Muar telah disampaikan oleh Encik Rosdin Bin Kimin, Pegawai Pertanian Daerah Muar dengan dihadiri oleh semua warga kerja. “Dengan segala pencapaian yang dikecapi pada tahun 2018, penjawat awam harus membawa momentum tersebut ketahun 2019 dan membina kegemilangan dalam misi melakar kejayaan untuk negara”. Memberi penekanan kepada pembaharuan yang berterusan, 'Do the right thing, right the first time', memodenisasikan penyampaian perkhidmatan, perkhidmatan yang mesra rakyat, sentiasa bersedia sebagai penggerak utama kerajaan dan penjawat awam harus bersatu, ikhlas dan berfikir secara terbuka untuk melaksanakan perubahan. Dalam majlis yang sama “executive talk” juga telah disampaikan oleh beliau disamping penyampai sijil perkhidmatan cemerlang tahun 2018 kepada Encik Mohd Ali Mahadi (Oktober), Encik Rosli Ali (November) dan Puan Norshella Mustafa (Disember).

Share This:
Last updated on Monday, 07 January 2019 - 3:23pm