Pergiat promosi pertanian bandar

JOHOR BAHRU, 1 April - Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru giat mempromosikan Pertanian Bandar dikalangan masyarakat terutamanya pada komuniti penduduk dan sekolah. Pada 1 April yang lepas, Encik Anis Anwar bin Ramli, Pengawai Pembimbing Pertanian Bandar telah menjalankan aktiviti pertanian bandar bersama Komuniti Tama Nesa Skudai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling. Usaha yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian ini adalah bagi mendidik masyarakat dalam menyediakan makanan sendiri walaupun mempunyai kawasan yang terhad. Melalui kaedah pertanian bandar ini, masalah mengenai tempat dapat diatasi dengan kaedah Nutri Pot dan sebagainya. Selain itu, masyarakat juga dapat menghasilkan produk sendiri yang selamat di makan.

Share This:
Last updated on Tuesday, 09 April 2019 - 3:52pm