Peneroka usaha projek cendawan

SEGAMAT, 2 Januari - Seorang peneroka Felda Palong Timur 2, Encik Yunos dan anaknya Huzaifah mengusahakan projek tanaman cendawan tiram sebagai aktiviti sampingan yang boleh menambah pendapatan. Projek ini diusahakan di kawasan berhampiran rumah beliau. Hasil tanaman cendawan ini dijual di sekitar Felda Palong Timur dan Batu Anam Segamat. Usaha yang dilakukan ini diharap dapat membantu beliau dalam menambah pendapatan isi rumah. Turut hadir membuat pemantauan Puan Nur Akmal binti Abdullah, Pegawai Pertanian Daerah Segamat.

Share This:
Last updated on Monday, 07 January 2019 - 3:32pm