Murid Sekolah Kebangsaan Nusa Printis 1 ikuti Kursus Pertanian Bandar

ISKANDAR PUTERI, 25 Julai - Seramai 50 murid Sekolah Kebangsaan Nusa Printis 1 telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pertanian Bandar anjuran bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor. Taklimat disampaikan oleh Encik Asman bin Aman, Penolong Pegawai Pertanian dan turut dibantu oleh kakitangan yang lain.

Hadir sama Guru Besar sekolah Encik Paat bin Poto dan Guru Penyelaras Kemahiran Hidup, Puan Juliana Enieki binti Johari.

Menurut Asman, Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Program Pertanian Bandar giat mempromosikan kaedah tanaman yang bersesuai dan mudah dilaksanakan tanpa memerlukan kawasan yang besar. Tambahannya lagi, dengan adanya kaedah-kaedah penanaman yang mudah ini dapat menarik minat tidak kira golongan termasuk murid sekolah rendah. Melalui kursus ini, murid-murid dapat mempelajari kaedah penanaman dan penjagaan yang betul serta dapat menghasilkan makanan sendiri.

Share This:
Last updated on Wednesday, 25 July 2018 - 1:42pm