Majlis Penyampaian Peralatan PGU Fertigasi & Nutripot

MUAR, 1 Jun - Seramai 75 peserta telah menerima Bantuan Peralatan Fertigasi di bawah Program Pertanian Rakyat dan 15 orang peserta wakil dari NGO telah menerima Set Mini Fertigasi di bawah DUN Jorak dan DUN Bukit Serampang. Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 90 orang peserta. Acara majlis telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pegawai Pertanian Daerah Muar, Encik Rosli bin Kimin. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Pertanian Daerah Tangkak, Encik Hafiz Bin Hussin.

Share This:
Last updated on Tuesday, 06 June 2017 - 9:56am