Lawatan teknikal Ketua Pengarah Pertanian Malaysia ke AgroMix Farm Segamat

SEGAMAT, 12 Mac - Lawatan Teknikal Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali ke Projek Agromix Farm, Segamat. Sebelum itu beliau telah diberi sedikit taklimat mengenai kemajuan sediaada berkaitan projek pertanian di Pejabat Pertanian Segamat oleh Pegawai Pertanian Daerah Segamat. Agromix Farm merupakan konsep pertanian integrasi antara tanaman, ternakan dan ternakair yang mana konsep "zero waste" diberi penekanan. Mengupaya potensi pada setiap usahawan yang terlibat dengan tunjuk ajar teknikal dari setiap agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia (MoA). Turut hadir sama ialah Dato' Haji Mohd Anim bin Hosnan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri dan Pembangunan), Encik Hishamuddin bin Ahmad, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Pegawai Kanan Peringkat Putrajaya, Negeri dan Daerah.

Tanaman, ternakan dan juga ikan,
Pelbagai projek boleh diselingkan,
Tahun 2016 Agromix direncanakan,
Tahun 2019 mula dijayakan.

Oleh - Tuan Haji Mazlan bin Mohamed Salleh

Share This:
Last updated on Thursday, 14 March 2019 - 9:13am