Lawatan projek pertanian daerah Tangkak

TANGKAK, 16 Januari - Satu lawatan ke Projek Tanaman Durian, Tanaman Kelapa dan Tanaman Belimbing di Kebun Bahru serta Tanaman Durian Belanda di Kg Penchu, Kundang Ulu. Lawatan yang dijalankan oleh Pejabat Pertanian Daerah Tangkak yang dilaksanakan oleh Agen Pengembangan Kawasan Tangkak dan Bukit Serampang merupakan lawatan rutin bagi memberi khidmat nasihat mengenai tanaman, pembajaan dan kawalan perosak.

Dengan adanya lawatan ini, petani dapat mengenalpasti dan mempelajari kaedah tanaman yang betul bagi menjamin hasil yang bakal dituai kelak.

Share This:
Last updated on Wednesday, 17 January 2018 - 9:01am