Lawatan Penilaian Pertandingan

KOTA TINGGI - Telah diadakan satu lawatan bagi sesi penilaian oleh panel Pertandingan Agen Pengembangan Inovatif dan Agen Pengembangan Industri Asas Tani tahun 2019 ke Pusat Pertanian Mawai dan ke projek-projek seluruh daerah Kota Tinggi. Lawatan ini telah diadakan pada 21 Mac 2019 yang lepas. Antara lokasi projek yang dilawati ialah Projek Cendawan (Kembang Maju), Syarikat Ergobumi Sdn Bhd, TKPM Sedili Kecil, Projek Kelompok Tg Gemuh, Doana Frozen Food, Tapak IKS Felda Air Tawar 1 (Pusat Pengumpulan Produk KPW, D Diana Enterprise (Bakeri), Expert Frozen Food (Pepes) dan Aniera Enterprise (Minyak Kelapa Dara).

Share This:
Last updated on Tuesday, 09 April 2019 - 4:57pm