Lawatan Pemantaun Projek Kluster Jagung

PONTIAN, 1 April - Projek Tanaman Jagung di sekitar Ayer Baloi, Pontian merupakan destinasi lawatan oleh pegawai dari Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia. Lawatan ke projek tanaman jagung ini merupakan projek tanaman kluster yang dipantau oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Antara lokasi yang dilawati ialah tanaman milik Puan Hajah Ruminah binti Nodo, Encik Saadan bin Bulkin dan Encik Isnin bin Kasinan. Pelaksanaan projek kluster ini giat diusahakan oleh penduduk setempat memandangkan jagung mempunyai potensi besar untuk dimajukan serta mempunyai pasaran baik dan hasil yang lumayan disamping kawasan tanah yang sesuai di Ayer Baloi ini. Hadir sama Puan Nur Aizat binti Abd Razak, Pegawai Pertanian Daerah Pontian dan pegawai-pegawai pertanian dari ibu pejabat Jabatan Pertanian Malaysia, Negeri dan daerah.

Share This:
Last updated on Tuesday, 02 April 2019 - 8:36am