Lawatan Pemantauan Projek Pertanian Bandar SMK Telok Kerang, Pontian

PONTIAN, 19 Februari - Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah mengadakan lawatan pemantauan Projek Pertanian Bandar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. Program Pertanian Bandar ini diusahakan oleh sebahagian pelajar yang mengambil subjek matapelajaran pertanian dan dibimbing oleh Cikgu Nordin serta cikgu-cikgu yang lain yang terlibat dalam matapelajaran tersebut. Di antara kaedah tanaman yg dipelajari adalah sistem fertigasi, NFT (Nutrient Film Technique), Nutripot & juga landskap.

Share This:
Last updated on Wednesday, 20 February 2019 - 4:18pm