Lawatan pemantauan petak demo

BATU PAHAT, 28 November - Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah mengadakan lawatan pemantauan ke petak-petak demo tahun 2017. Lawatan pemantauan ini dibuat oleh pegawai pemantau Jabatan Pertanian Negeri Johor iaitu Puan Azlina binti Md Dom, Pegawai Pertanian Unit Hortikultur dan Puan Redha binti Pauzan, Penolong Pegawai Pertanian Unit Padi, Tanaman Industri dan Florikultur. Lawatan pemantauan telah dilakukan di Kebun Tanaman Nangka Encik Teong Yee Gun Kg Bukit Jintan, Yong Peng, Kebun Tanaman Jambu Batu Encik A.Rahman bin Mean, Kg Pt Hj Mean, Kebun Tanaman Durian Belanda Hj Zali bin Kassim di Kg Simpang 3, Bagan dan terakhir di Kebun Kelapa Matag Encik Mohd Yazid bin Sadek Kg Wak Kawek, Rengit. Lawatan pemantauan ini dilakukan bagi memastikan petani dapat menjalankan aktiviti pertanian dengan baik dan selamat. Khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai pertanian akan dijadikan rujukan bagi memastikan aktiviti pertanian yang dijalankan mengikut standard dan prosedur yang ditetapkan.

Share This:
Last updated on Monday, 11 December 2017 - 5:06pm