Lawatan pelajar Pusat Tuisyen Zon Intelek ke TPKM Ulu Tiram

KOTA TINGGI, 27 Disember - Seramai  30 pelajar dan 5 orang guru pengiring dari Pusat Tuisyen Zone Intelek, Taman Gaya, Ulu Tiram mengadakan lawatan sambil belajar ke Ladang Sayuran TKPM Ulu Tiram.  Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kitaran kehidupan tumbuhan dimana ia berkaitan dengan pembelajaran subjek Sains. Pengusaha Encik Ah Meng dari Syarikat Hi Wood Sdn. Bhd. dan Encik Saifulizan bin Mustaffar, Penolong Pegawai Pertanian Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, telah mengiringi  rombongan tersebut dengan melihat keadaan persekitaran pemandangan hijau di TKPM Ulu Tiram. Disamping itu pelajar juga membuat aktiviti kaedah penyemaian benih di dalam bekas semaian supaya mereka merasa seronok dan dapat mempelajari sedikit ilmu pada peringkat permulaan penanaman sayur-sayuran. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari Cik Ha Nana, Pengetua Pusat Tuisyen Zone Intelek selaku ketua lawatan kepada Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi kerana sudi menerima kunjungan rombongan beliau dimana aktiviti yang didedahkan kepada pelajar amat bermanfaat dan dapat memberi pengetahuan secara teknikal cara-cara penanaman sayuran jangka pendek di tanah berbukit.

Share This:
Last updated on Sunday, 07 January 2018 - 9:30am