Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan Industri dan Pembangunan ke daerah Segamat

SEGAMAT, 11 Mac - Telah diadakan lawatan kerja YH Dato' Haji Mohd Anim bin Hosnan, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan Industri dan Pembangunan ke daerah Segamat. Hadir sama mengiringi lawatan tersebut ialah Encik Hishamuddin bin Ahmad, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian di peringkat Putrajaya, Negeri Johor dan Daerah Segamat. Antara lokasi yang dilawatai ialah Projek Tanaman Jambu Air oleh Syarikat Sunrise Farm di Bukit Mambai, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sekijang, D Anna Homemade Bakery di Kampung Jawa dan Projek Kelapa Matag di Bukit Bujang, Segamat.

Beberapa tunjuk ajar dan pengalaman telah dikongsi bersama antara pegawai dan pengusaha bagi memastikan semua projek pertanian yang dilawati mencapai tanda aras yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.  YH Dato' Haji Mohd Anim juga telah berkhidmat di daerah Segamat sekitar tahun 2002 hingga 2006. Pembukaan TKPM Sekijang adalah semasa beliau menjadi Pegawai Pertanian Daerah Segamat dan diteruskan oleh kelompok pimpinan sekarang.

Foto - Puan Norshida Sulaiman & Tuan Haji Mazlan bin Mohamed Salleh

Share This:
Last updated on Tuesday, 12 March 2019 - 10:41am