Kursus Pertanian Bandar

BATU PAHAT, 5 November - Seramai 20 orang penduduk Taman Tanjung, Patu Pahat telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pertanian Bandar yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. Kursus telah disampaikan oleh Encik Abd Jalil bin Ismail, Penolong Pegawai Pertanian. Peserta telah mempelajari teknik dan kaedah penanaman menggunakan larutan baja AB dan juga penggunaan Nurti Pot dalam pelaksanaan pertanian di bandar. Program Pertanian Bandar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk terutamanya dikawasan bandar yang mana mempunyai ruang dan peluang yang terbatas untuk melaksanakan aktiviti pertanian. Dengan kursus ini, penduduk di bandar juga turut boleh menjalankan aktiviti pertanian walaupun mempunyai kawasan tanah yang terhad.

Malalui Nutri Pot yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor, pengguna dapat mengurangkan jumlah siraman air kerana nutri pot mempunyai bahagian yang boleh menyimpan kandungan larutan baja untuk tempoh 3-5 hari. Konsep ini sangat sesuai bagi penghuni rumah bandar yang mempunyai keterbatasan masa dan juga ruang bagi menjalankan aktiviti pertanian.

Share This:
Last updated on Thursday, 09 November 2017 - 12:44pm