Khidmat nasihat penanaman tanaman durian

SEGAMAT, 4 April - Encik Lee Ah Kau telah menerima kunjungan daripada Agen Pengembangan Tanaman Mukim Bekok, Pejabat Pertanian Daerah Segamat bagi menyiasat dan memberikan khidmat nasihat mengenai hasratnya untuk mengusahakan tanaman durian seluas 8 ekar dengan tanaman durian klon terpilih. Daripada pemantauan tersebut didapati kawasan telah dibersihkan dan telah bersedia untuk menanam anak pokok penanti dan anak pokok durian yang telah siap dicantum. Semoga perusahaan tanaman ini akan membuahkan hasil yang terbaik di masa akan datang.

Share This:
Last updated on Tuesday, 09 April 2019 - 3:32pm