Fall Army Worm perosak baru tanaman jagung

SEGAMAT, 7 Mei - Lawatan pemantauan penyakit dan perosak tanaman telah dilaksanakan oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor ke projek tanaman Jagung Bijian ZPM Chemplak, Labis yang diketuai oleh Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor, Puan Zaiti Akmal binti Dahlan bersama kakitangan dan Agen Pengembangan Tanaman Mukim Labis, Encik Azuan bin Md Jani. Projek tanaman jagung bijian secara komersil ini seluas 20 ekar dengan tanaman varieti Syngenta. Maklumat yang diterima oleh APT Mukim Labis mendapati terdapat serangan perosak yang merosakkan tanaman.

Melalui lawatan oleh BBT mendapati bahawa terdapat serangan perosak Fall Army Worm (Spodoptera Frugiperda). Ancaman ini merupakan perosak baru di Malaysia. FAW dilaporkan menyerang lebih 80 jenis tanaman dan merupakan serangga aktif di waktu malam didakwa mampu terbang selaju 100 km semalam dan bertelur sehingga 1,000 biji telur satu kitaran hidup seekor. Larva merosakan tanaman. Penanam jagung diminta untuk membuat pemeriksaan dan laporkan segera kepada Jabatan Pertanian terdekat sekiranya terjumpa dengan perosak ini.

Share This:
Last updated on Tuesday, 07 May 2019 - 3:18pm