Dialog YB Menteri bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Muar

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan Program Lawatan Kerja dan Dialog Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Daerah Muar di Jeti Nelayan Parit Raja, Muar pada 6 Oktober 2018. Hadir sama dalam majlis YB Dr Sahruddin bin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, YBhg. Dato' Jamal Harizan Bin Yang Razali, Ketua Pengarah Perikanan, YBhg Dato’ Haji Munir, Ketua Pengarah LPP, Tuan Haji Hamzah bin Haji Bahari, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Johor, Encik Azreen Bin Basir dan Pegawai Pertanian Daerah Muar, Encik Rosdin Bin Kimin.

Share This:
Last updated on Sunday, 07 October 2018 - 5:08pm