Cendawan Volvariella Volvacea alternatif petani raih pendapatan tambahan

BATU PAHAT, 18 April - Seramai 70 peserta telah mengikuti dengan jayanya Kursus 'Hands On' Tanaman Cendawan Volvariella Volvacea atau juga dikenali dengn cendawan jerami padi. Ianya adalah kerana penggunaan jerami padi sebagai media penanaman cendawan tersebut. Dengan adanya teknologi baharu, kini Cendawan Volvariella boleh ditanam dengan cara yang mudah, iaitu semudah 3T (Tanam, Tunggu, Tuai). Kini ianya lebih mudah dengan menggunakan tandan sawit yang hanya perlu diperap sebelum ianya disusun untuk dijadikan batas penanaman. Berbanding dengan menggunakan media jerami padi dan melibatkan beberapa langkah yang rumit serta mengambil masa yang lebih lama sebelum siap sedia untuk ditanam.

Kursus anjuran PPK Peserai dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat ini bertujuan bagi meningkatkan minat terhadap tanaman ini disamping boleh menjana pendapat yang lumayan. Dikatakan cendawan ini boleh mencegah penyakit diabetes, kurang darah serta mempunyai kesan anti kolestrol. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Kamaruzaman bin Abd Salam, Penolong Pegawai Pertanian Mukim Lubok, Batu Pahat. Menurutnya lagi, cendawan jerami ini sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Tanaman cendawan ini boleh dijadikan tanaman alternatif kepada petani untuk menambah pendapatan mereka. Kaedah ini sesuai dijalankan secara integrasi pada tanaman kelapa atau getah.

Share This:
Last updated on Wednesday, 24 April 2019 - 2:47pm