90 peserta ikuti kursus fertigasi

MUAR, 1 Jun – Satu kursus telah diadakan bertempat di Kompleks Sri Pekembar Pagoh, Muar. Program anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor bersama UMNO Bahagian Pagoh memberi fokus utama untuk memberi ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian iaitu Sistem Fertigasi yang semakin mendapat perhatian masyarakat di luar mahupun di dalam bandar. Kursus ini juga telah mendapat sambutan yang luar  biasa dikalangan penduduk dan telah mendapat penyertaan yang amat menggalakkan. Seramai 90 orang peserta yang hadir dalam kursus ini. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Hassim Bin Selan, Penolong Pegawai Pertanian. Pada kursus tersebut juga diadakan latihan amali yang telah dikendalikan oleh Enxik Rosli Bin Ali dan telah dibantu oleh kakitangan dari Pejabat Pertanian Daerah Muar.

Pertanian Adalah Perniagaan

Share This:
Last updated on Tuesday, 06 June 2017 - 9:50am