22 peserta ikuti kursus asas pembuatan kek

AYER HITAM, 7 Ogos - Seramai 22 peserta telah mengikuti dengan jayanya Kursus Asas Pembuatan Kek yang dianjurkan oleh Pusat Pertanian Ayer Hitam. Peserta telah diberikan tunjuk ajar dalam menyediakan kek yang bermutu, sedap dan boleh dipasarkan. Peserta berpeluang membuat kek sendiri dan juga turut berpeluang untuk mempelajari teknik hiasan kek menggunakan krim. Kursus dijalankan selama dua hari bermula pada 6 dan 7 Ogos 2018 dengan bimbingan oleh Puan Hajah Zalipah binti Adman.

Share This:
Last updated on Wednesday, 05 September 2018 - 9:00am