20 pegawai ikuti kursus cantasan tanaman durian belanda

BATU PAHAT, 9 November - Seramai 20 pegawai terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor mengikuti dengan jayanya kursus secara 'hands on' cantasan tanaman durian belanda. Kursus dikendalikan oleh Cik Lem Ming Siang & Encik Mohd Khairul Fathir bin Talha. Kursus telah di adakan di Pejabat Pertanian Peserai, manakala aktiviti 'hands on' bertempat di Kebun Encik Azmi di Kampung Simpang 3, Bagan, Batu Pahat. Cantasan pembentukan dilakukan dengan memotong batang utama untuk membenarkan dahan membentuk pokok yang rimbun dan tidak terlalu tinggi. Dahan lain yang tidak sesuai dibuang agar keadaan pokok menjadi seimbang.

Share This:
Last updated on Thursday, 09 November 2017 - 3:04pm