“PENSIJILAN MY GAP” Jaminan Produk Berkualiti

KOTA TINGGI,  8 Ogos - Siri jelajah bagi mempromosikan “Apa itu MyGAP” di Sekolah Rendah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi menjadi lokasi ke 3 untuk pihak Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi untuk melaksanakannya dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah dan Syarikat  E Office Agro Plantations yang telah memiliki Pensijilan MyGAP. Program kali ini telah dirasmikan oleh Puan Nurshikin binti Munaim, Penolong Pegawai Pendidikan Perhubungan Daerah Kota Tinggi, dimana dalam ucapannya beliau amat menghargai usaha Jabatan Pertanian mempromosikan MyGAP kepada generasi-generasi muda dari peringkat sekolah supaya mereka tahu tentang produk yang berkualiti dan selamat dimakan. Disamping itu pelajar sekolah juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dalam bidang pertanian terutama di dalam meminimakan penggunaan racun mahluk perosak.

Share This:
Last updated on Thursday, 09 August 2018 - 1:18pm