Alat Penghalau Musuh Tanaman @ Motion Activate Repeller

SEGAMAT - Kunjungan kami ke projek tanaman cili seorang petani di Felda Pemanis baru-baru ini telah menemukan satu alat canggih untuk mengawal musuh tanaman telah diguna pakai oleh petani tersebut dikebunnya. Alat yang dinamakan 'Motion Activated Animal Repeller' berfungsi dengan mengeluarkan cahaya 'flash' dan gelombang bunyi yang boleh menakutkan musuh tanaman apabila masuk ke kawasan kebun seperti penggera. Ia dilengkapi sensor dan infra merah yang mengesan haiwan atau sebagainya termasuk manusia dalam jarak 30 kaki dari tempat ia diletakkan.

Ia sesuai diletak di keliling kebun atau di penjuru kebun yang berkemungkinan musuh tanaman akan lalu ke kawasan kebun. Tikus, babi hutan, musang, anjing, kucing, manusia dan pelbagai musuh tanaman dapat dikesan oleh sensor alat ini. Alat ini boleh didapati di pusat jualan terkenal atas talian dan berharga tidak sampai RM 100.00 seunit dan dipercayai diperbuat dari negara China.

Alat ini adalah alternatif yang boleh digunakan oleh petani untuk mengawal musuh tanaman. Namun jika menggunakan alat ini, kebun tuan-tuan juga perlukan pagar kerana sebagaimana yang kita fahami musuh tanaman kebanyakannya degil dan tak faham erti takut.

Share This:
Last updated on Monday, 04 February 2019 - 11:44am